Berita

308kg UBC berjaya dikumpul

PELBAGAI aktiviti menarik turut diadakan sepanjang Mini Karnival CAREton@Putrajaya 2023 yang diadakan di Fasiliti Inovasi Kitar Semula Presint 5 pada 26 Julai lalu.
- Diterbit 6 Ogos 2023 7:00 AM MYT

SEBANYAK 308 kilogram (kg) kotak minuman terpakai (UBC) berjaya dikumpul menerusi Pertandingan Pengumpulan Kotak Air Minuman Terpakai antara sekolah di sekitar Putrajaya yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk TPr Fadlun Mak Ujud, pertandingan tersebut adalah bersempena Mini Karnival CAREton@Putrajaya 2023 di mana ia melibatkan lapan buah sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di sekitar Putrajaya.

“Karnival tersebut merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi Program CAREton@Putrajaya yang merupakan salah satu program di bawah skop tumpuan keenam iaitu pengurusan sisa pepejal dalam pelaksanaan inisiatif Bandar Hijau Putrajaya.

“Justeru itu, satu pertandingan pengumpulan UBC antara sekolah di sekitar Putrajaya telah dianjurkan pada 21 Jun sehingga 13 Julai 2023,” ujar beliau.

Beliau berkata sebanyak 15 sekolah telah dinobatkan sebagai pemenang di mana mereka turut menerima sijil dan hadiah iringan hamper tajaan Nestle Malaysia.

“Bagi kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh Sekolah Rendah (SK) Putrajaya Presint 15(1) dengan jumlah berat sebanyak 66kg manakala johan bagi sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14(1) dengan berat 49kg. Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM500,” ujarnya tempat kedua menerima RM400, ketiga (RM300), keempat (RM200) dan kelima (RM150) manakala tempat keenam dan seterusnya (RM100).

Fadlun berkata antara tujuan penganjuran mini karnival tersebut adalah bagi mempromosi inisiatif kitar semula UBC dalam kalangan generasi muda.

“Selain itu, program ini juga akan memberi pendedahan berkenaan penghasilan produk berasaskan teknologi hijau iaitu papan PolyAl,” jelas beliau ia turut mendapat kerjasama strategik Syarikat Tetra Pak Malaysia, Nestle Milo UHT Malaysia dan Alam Flora Sdn Bhd. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas