ASIAN Supply Base (ASB) perlu memaksimumkan penyertaannya dalam industri minyak dan gas.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, keperluan untuk memaksimumkan penyertaan syarikat itu berdasarkan permintaan daripada pihak Petronas yang mahukan 30 peratus penyertaan dari syarikat Sabah.
Katanya, setakat ini penyertaan tidak begitu memberangsangkan.
“Kita mesti pastikan kita mencapai sasaran 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke ASB di sini, hari ini.
Tambahnya, ASB di bawah Perbadanan Tenaga Sabah (SEC) adalah salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama Kerajaan Negeri Sabah.
“Ini adalah penting untuk ASB mempelbagaikan perniagaannya dalam industri minyak dan gas,” jelasnya.
Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman. – WILAYAHKU