Berita

MBSB Bank Cawangan Putrajaya sasar perluas pembiayaan kontrak kerajaan

- Diterbit 8 Disember 2023 7:45 AM MYT

MBSB Bank cawangan Putrajaya menyasarkan untuk membiayai kontrak kerajaan melalui Skim Jaminan Kerajaan (M-GGS) dengan menumpukan kepada vendor yang dilantik.

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azaml M. Taib berkata selain itu pihaknya turut akan memperluaskan setiap produk kewangan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Pengusaha PKS juga boleh memohon skim berkaitan yang menyediakan pembiayaan baharu, kemudahan pembiayaan sedia ada dab lanjutan tempoh pembiayaan serta modal kerja tambahan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian MBSB Cawangan Putrajaya di Galeria PjH hari ini.

Sementara itu, Nor Azam berkata perpindahan ke premis baharu juga akan meningkatkan lagi keupayaan cawangan berkenaan dalam memasarkan produk-produk kewangan di bawah MBSB Bank.

“Jika di premis terdahulu ia agak kecil dan kami hanya memasarkan dua produk kewangan sahaja. Jadi dengan operasi di premis baharu yang lebih besar, kami juga akan menetapkan sasaran baharu.

“Cawangan ini juga pernah menduduki tempat ke 22 antara 47 bank di seluruh negara. Kemudia mendaki tangga ke 11 dan penutup November lalu, ia telah berada di tangga ke empat, jadi saya yakin dengan pencapaian cawangan ini,” katanya.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas