Selebriti

Jovian, Nina bercerai sejak Ogos lalu

- Diterbit 5 Disember 2023 3:30 PM MYT

PEREKA fesyen yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri, Jovian Mandagie mengesahkan perkahwinannya sudah bernoktah sejak Ogos lalu.

Menerusi  hantaran di Instagramnya, Jovian memaklumkan sudah bercerai dengan Nina Ismail yang juga kakak kepada penyanyi, Dafi.

“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Jovian turut berkongsi rasa syukur kerana telah melakukan yang terbaik sepanjang bergelar suami dan kini anak mereka, Jeanelle menjadi keutamaan.

“Memandangkan kebahagian Jeanelle (anak) adalah kebahagian kami, maka kami sudah lakukan yang terbaik. Alhamdulillah.

“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.

“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” katanya.

Jovian dan Nina yang juga kakak kepada penyangi Dafi itu, berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.  – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas