Berita

Putra kekal kejuaraan kali ke-3

AKSI Putra (belakang) dalam Kejohanan Muay Thai baru-baru ini.
- Diterbit 1 Disember 2023 1:25 AM MYT

TAHNIAH! Putra Abdullah Mahmud, 18, berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut di pentas Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muaythai Championship 2023.

Merupakan satu-satunya atlet Wilayah Persekutuan (WiPers) yang menyertai kejohanan tersebut, dia terus bersemangat untuk membawa nama kontinjen ke aras yang lebih tinggi.

Menurut Putra, meskipun berjaya meraih kemenangan, namun dia tidak berpuas hati dengan prestasinya memandangkan apa yang dipelajari sepanjang latihan tidak dapat dipersembahkan.

Untuk memastikan dirinya lebih bersedia dan terbiasa dengan situasi dalam gelanggang, pelbagai kejohanan akan disertai dalam masa terdekat sekali gus mempersiapkan diri menghadapi SUKMA 2024.

Terdahulu, Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muaythai Championship 2023 yang diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 25 hingga 26 November lalu merupakan penampilan kali ke-18 atlet tersebut di pentas itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas