Berita

Padang Bola Sintetik dibuka, diskaun 20% sepanjang November

ACARA perlawanan bola sepak yang diadakan sempena Majlis Perasmian Padang Sintetik, Presint 4, Putrajaya.
- Diterbit 24 November 2023 12:55 AM MYT

BERITA gembira buat seluruh warga Putrajaya terutama penggemar sukan bola sepak apabila Padang Bola Sintetik Presint 4, Putrajaya sudah dibuka.

Bersempena pembukaannya, promosi diskaun sebanyak 20 peratus (%) sepanjang November 2023 menanti mereka yang berminat untuk menyewa padang tersebut bagi menganjurkan acara sukan.

Untuk tempahan, harga yang ditawarkan bermula RM640 sehingga RM1,280 mengikut pakej-pakej yang disediakan termasuk satu sesi selama dua jam, pengadil, pembantu pengadil serta dua kotak air mineral selain perkhidmatan jurugambar turut ditawarkan (pilihan).

Bagi yang berminat, boleh layari laman sesawang www.putrajayasportsarena.com atau hubungi talian 011-5503 7110 selain media sosial @PutrakopOfficial (Instagram) dan PutrakopKoperasiPPJ (Facebook).

Orang ramai diingatkan supaya melakukan tempahan menerusi medium yang betul agar tidak berlaku pertindihan dan kerugian. Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (Putrakop) tidak pernah melantik mana-mana agen bagi tempahan padang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas