Selebriti

Mawar Rashid, Raf Yaakob bercerai… Kekal baik demi anak-anak

- Diterbit 23 November 2023 7:47 AM MYT

PELAKON Mawar Rashid mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Raf Yaakob atas dasar tiada persefahaman.

Mawar,28, menerusi Instagramnya berkata, perpisahan itu adalah jalan terbaik buat mereka namun fokus mereka tetap kepada anak-anak.

Bagi Mawar, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak meskipun sudah tidak sebumbung lagi.

“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya kekal berhubungan baik,

“Fokus kami sekarang adalah memberi sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami.

“Kejayaan hubungan kekeluargaan bermula dari ibu bapa dan itu yang kami akan usahakan bersama biarpun tidak lagi berdua,” ujarnya menerusi Instagram Stories.

Raf juga turut berkongsi status yang sama dalam Instagram Stories miliknya.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan bila mereka memfailkan cerai.

Mawar juga berharap peminat mendoakan yang baik-baik buatnya dan Raf.

“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini.

“Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kita berdua. Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif.

“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan itu juga dikatakan sepatutnya hadir ke sebuah mahkamah syariah semalam bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka.

Sebelum itu, Mawar juga telah memadam semua gambar-gambarnya bersama suaminya di Instagram. Namun Raf tidak berbuat demikian.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas