Selera

Menu terhangat 5ive6ix Burger

- Diterbit 17 November 2023 2:45 AM MYT

KEUNIKAN nama 5ive6ix Burger yang digunakan ternyata membawa tuah apabila orang ramai sudah mula mengenalinya sejak ia tular menerusi platform media sosial TikTok.

Nabil berkata nama itu diambil sempena nombor poskod di lokasi berkenaan selain ia lebih mudah diingati pelanggan.

“Diharapkan agar nama ini akan terus membawa tuah dan perniagaan ini mampu menembusi pasaran tempatan. Dalam masa yang sama, saya berhasrat untuk mendapatkan sebuah kios jualan atau lot kedai bagi memudahkan urusan perniagaan.

“Cabaran utama adalah ketika waktu hujan di mana khemah akan terbang selain kita tidak dibenarkan untuk menyimpan barang di sini. Jadi, lepas habis meniaga, kena buka semua khemah dan bersihkan kawasan ini.

“Jadi, besarlah harapan kami untuk ada sebuah kios atau lot kedai supaya senang untuk berniaga,” ujarnya berharap 5ive6ix Burger akan terus maju dan dikenali sebagai burger tepi jalan yang berjaya. – WILAYAHKU

Foto oleh SYUQQREE DAIN

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas