Berita

Perniagaan dalam talian wujudkan persaingan tidak seimbang – Armizan

- Diterbit 16 November 2023 9:53 AM MYT

PERNIAGAAN dalam talian telah mewujudkan tahap persaingan yang tidak seimbang dengan perniagaan fizikal, kata pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali.

Katanya, ia berikutan harga barangan dan perkhidmatan yang dijual dalam talian jauh lebih rendah menyebabkan nilai jualan di kedai fizikal menurun.

Jelas Armizan, kerajaan memastikan dasar, peraturan dan undang-undang yang mengawal e-dagang adalah selaras dengan keperluan semasa.

“Antara undang-undang sedia ada yang mengawal selia perdagangan dalam talian ialah Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Transaksi Perdagangan Elektronik) 2012,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada Datuk Seri Hishammuddinn Hussein (BN-Sembrong) pada Khamis.

Hishammuddin menerusi soalan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meminta kementerian menyatakan bagaimana perniagaan dalam talian seperti TikTok Shop telah menjejaskan kedai fizikal. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas