Berita

Temerloh, Segamat dan Kota Belud diramal alami luruan hujan luar biasa

AHMAD ZAHID melihat keseluruhan pelan perancangan mitigasi pembinaan lembangan sungai bersepadu Sungai Semantan ketika meninjau kemajuan projek itu, hari ini.
- Diterbit 14 November 2023 1:40 PM MYT

TEMERLOH, Pahang; Segamat dan Kota Tinggi (Johor) serta Kota Belud dan Marudu (Sabah) antara lokasi berkemungkinan mengalami luaran hujan luar biasa yang diramalkan bermula pada Rabu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata koordinasi semua pihak (agensi terlibat banjir) telah dibuat supaya pemindahan mereka dapat dibuat dengan lebih awal.

“Pelaksanaan sistem amaran awal banjir merupakan panduan untuk memindahkan penduduk di kawasan terjejas lebih awal sebelum berlaku luruan hujan luar biasa pada Monsun Timur Laut (MTL).

“Paling penting kita mahu mengelakkan daripada berlaku kehilangan nyawa selain dapat menyelamatkan harta benda dan dokumen penting.

“Sebab itu kita perlu mengambil langkah proaktif, tidak mahu sudah terhantuk baru tergadah dan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) juga kena bersedia. Kita berharap kesiapsiagaan yang dilakukan dapat mengatasi permasalahan (yang pernah berlaku sebelum ini),” katanya acuan sistem itu berdasarkan kelaziman banjir yang berlaku setiap tahun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa Satu di sini selain turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana seperti meninjau PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata kerjasama turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memobilisasikan lori 10 tan ke lokasi terlibat selain berharap penglibatan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) semasa bencana itu berlaku.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekali lagi menegaskan kerajaan menyantuni semua dan mengetepikan sebarang sentimen dalam menyalurkan bantuan kepada mereka terjejas banjir.

“Kerajaan melalui KKDW telah meluluskan peruntukan membaiki 5,100 buah rumah terjejas banjir pada 2021 dan 2022 yang masih belum menerima bantuan serta meluluskan permohonan peruntukan di bawah Program Pemajuan Kawasan (PPK) bagi penempatan semula penduduk terjejas banjir sekitar Lanchang dan Mentakab.

Pada lawatannya, Ahmad Zahid turut meluluskan permintaan tambahan bot sebanyak 14 buah dengan dengan nilai keseluruhan RM259,000 dan peruntukan KKDW bagi pembinaan rumah lima penduduk terlibat projek PLSB serta RM5 juta untuk pembinaan dewan tertutup di PPS SMK Seberang Temerloh. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas