PELAKON, Datuk Fizz Fairuz, antara selebriti yang turut memberi respon dan bersimpati dengan kecederaan yang dialami oleh Fasha Sandha ketika penggambaran drama Anak Tuan, semalam.
Luahan tersebut dikongsikan pelakon filem popular Munafik itu menerusi entri Instagram miliknya, yang menyentuh tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim Social Security Organisation (SOCSO) yang juga dikenali sebagai PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).
“Allahu…. Acting takyah (tak payah) la beria sangat. Lakonan ada asasnya. Itu la dia ,bila masing-masing nak tunjuk hebat. Inilah makan nya (akibatnya).
“Tapi malang tak berbau. Inilah nasib anak seni. KWSP, SOCSO tak ada. Seniman (Persatuan Seniman Malaysia) tak gerak pun dari dulu, yang merana artis kena tanggung sendiri Kalau mampu.
“Kalau tak mampu, mereput dalam rumah. Faham-faham sajalah,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, pelakon dan penyanyi Zarul Umbrella turut berkongsi pernah melalui situasi yang sama.
“Aku dulu tengah shoot retak kaki sebab jatuh moto (motosikal). Tapi yang best lepas jatuh tu, dengan terhencut-hencut pergi rehearsal Gegar Vaganza 5 duet dengan Hetty Sarlene.
“Selepas itu, esoknya baru tahu kaki dah retak, tapi Seniman ada bagi sumbangan RM 800,” luahnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fizz dan memberikan cadangan untuk masa depan anak seni.
“Ye kasihan juga golongan artis ni. Yang muda boleh buat duit, yang tua mampu sara hidup saja. Kalau tak menyimpan, merempatlah hari tua,” tulis @wanilah79.
“Kalau tak ada carum sendiri. Untuk perlindungan diri sendiri. Dah tahu Seniman tak gerak, kita gerak dulu,” komen @geefildza.
“KWSP boleh carum sendiri rasanya,” luah @noraziah23.
“Sekarang boleh mencarum PERKESO walaupun bekerja sendiri,” tulis @maszelinaabduls.
Terdahulu Fasha Sandha Fasha Sandha dikejarkan ke hospital pakar di Johor Bahru, apabila mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri ketika menjalani penggambaran drama Anak Tuan, semalam.
Difahamkan mata dan kepala Fasha terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah. – WILAYAHKU