KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) menjadi peneraju utama memantau perkembangan semasa setiap projek yang sedang diselenggarakan di sekitar Wilayah Persekutuan.
Tindakan tersebut diambil untuk memastikan setiap projek berjalan lancar mengikut tempoh pelaksanaan yang telah ditetapkan selain meleraikan sebarang permasalahan yang dihadapi sepanjang projek tersebut dijalankan.

Baru-baru ini, Setiausaha Bahagian Pengurusan Pembangunan KWP, Datuk Nor Muhamad Che Dan @ Che Din turun padang meninjau tapak projek pembinaan sebahagian terowong keluar masuk yang menghubungkan pembangunan Tun Razak Exchange (TRXC) dengan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sesi tinjauan yang diadakan pada 22 November itu turut melibatkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), wakil TRXC dan Tetuan GTS . – WILAYAHKU