Berita

20 migran lemas, bot dinaiki terbalik di Pulau Greek

FILE PHOTO: A group of migrants huddle, wrapped in emergency blankets, after being rescued from the water off the island of Evia, Greece, November 1, 2022. Hellenic Coast Guard/Handout via REUTERS/File Photo
- Diterbit 3 November 2022 4:30 AM MYT

ANGGOTA penyelamat Greece pada Rabu menemukan mayat 20 pendatang selepas sebuah bot terbalik di pulau Evia di Laut Aegean pada Selasa, lapor agensi berita nasional Greece AMNA.

Sementara itu 12 lagi penumpang berjaya diselamatkan semasa operasi.

Mangsa yang terselamat memberitahu pihak berkuasa bahawa terdapat 68 orang berada di atas bot itu sebelum ia karam di kawasan Cape Kafireas, lapor Xinhua.

Kumpulan berkenaan dipercayai berasal dari Mesir, Afghanistan dan Iran, kata jurucakap Pengawal Pantai Hellenic Komander Nikos Kokkalas.

Lebih satu juta pendatang memasuki Greece secara haram sejak 2015 dan kebanyakan mereka meneruskan perjalanan ke negara Eropah lain, manakala ratusan lagi lemas di laut, menurut pihak berkuasa Greece. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas