SYARIKAT Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan kerjasama bersama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma pada awal November depan.
Festival gaya hidup yang berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka ini juga akan membawa festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara.
Bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Acara ini bakal diadakan selama 3 hari bermula 4 sehingga 6 November 2022 (Jumaat hingga Ahad)!

Apa yang menarik dan pastinya ditunggu-tunggu, konsert percuma ini bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama.
Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah kumpulan SEARCH ,Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan dan DOLLA.
Bukan itu sahaja, penyanyi hebat Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo , Kidd Santhe , Projector Band , ForceParkBois dan Insomniacks juga bakal beraksi.
Konsert ini juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.
Menurut Pengarah Operasi Absolut Event and Management, Ben Ali, biarpun lambakan konsert dalam negara sejak akhir-akhir ini, ia bukan penghalang buatnya untuk menganjurkan acara hiburan itu.
โKonsert kami adalah percuma. Kami boleh buat konsert bertiket, tapi kami pilih untuk buat konsert percuma kerana tiket agak sukar untuk dijual.
โIni kerana menjelang akhir tahun ini banyak konsert dan nak kena bersaing dengan banyak event. Jadi apa yang terjadi kepada konsert atau acara yang bertiket, mereka terpaksa kurangkan harga.
โJadi kami nak elakkan itu terjadi. Untuk selamat kami pilih konsert percuma,โ katanya.

Ben juga menegaskan konsert percuma memberi kelebihan tersendiri kepada penaja dari segi penjenamaan.
โKalau konsert berbayar terhad penontonnya. Lagi pun kami nak ramai yang datang, jadi tak boleh jual tiket.
โDisebabkan itulah kami ada penaja iaitu ELFBAR yang memang menganjurkan konsert percuma. Iyalah, kalau konsert percuma iklan yang mereka terima lebih meluas berbanding konsert berbayar yang terhad.
โIni bagus untuk pengiklanan dan penjenamaan. Apabila 200 ribu yang datang, 200 ribu yang nampak jenamanya berbanding acara bertiket,โ ujarnya.
Selain berhibur, orang ramai boleh menikmati pelbagai jenis makanan, kosmetik, pakaian dan banyak lagi sepanjang acara itu berlangsung.
โKelainan yang kami bakal bawakan adalah dengan menyatukan kepelbagaian dalam satu acara. Dengan tidak hanya menumpukan pada festival muzik sahaja, acara kali ini juga bakal membawakan sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.
โTidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.
โAcara ini tidak mungkin dapat disajikan secara percuma kepada anda semua tanpa kerjasama bersama pihak ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022,โ tambahnya lagi.
Manakala Pengarah Absolut Event and Management, Nadiyah Shahab pula tidak mahu terlalu selesa sebaliknya terus berusaha melakukan promosi sehingga ke hari acara berlangsung.
โKalau sentuh tentang khalayak yang datang, rasanya dalam setiap acara yang kami anjurkan ada rasa bimbang. Disebabkan itu, apa sahaja kami lakukan untuk memastikan acara ini berjaya termasuklah solat hajat.
โApa-apa pun ia bergantung juga kepada marketing.Macam-macam kami buat. Kami dah keluarkan video kempen, video promosi, kempen di TikTok dan sebagainya.
โSekurang-kurangnya, apa pun yang berlaku, kami tak menyesal kerana semua sudah kami lakukan. Tak ada yang kami tak buat,โ ujarnya.
Konsert percuma dan Absolut Food Festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan lagi festival yang bakal berlangsung dari 4 hingga 6 November ini di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sambil makan dan minum bersama yang tersayang, anda juga boleh menikmati dendangan lagu yang bakal dipersembahkan kepada anda semua. โ WILAYAHKU