Berita

KL City FC juara Piala AFC 2022 antara zon

- Diterbit 5 Oktober 2022 5:12 PM MYT

KUALA Lumpur (KL) City FC menewaskan wakil dari Uzbekistan, PFC Sogdiana 5-4 melalui penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terpaksa berhempas pulas pada 90 minit masa sebenar perlawanan apabila ia berkesudahan tanpa jaringan.

Dalam aksi 30 minit masa tambahan, meskipun kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan sehingga membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti kedua pasukan Sogdiana Jizzakh seterusnya menyaksikan KL City FC diangkat sebagai juara Piala AFC 2022 antara zon.

Selepas ini KL City FC bakal menentang kelab Oman Al-Seeb di perlawan akhir Piala AFC yang akan berlangsung pada 22 Oktober di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Tahniah KL CITY FC! – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas