Bapa kepada usahawan sensasi, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini berada dalam keadaan tenat.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh adik perempuan Sajat iaitu Mustika menerusi satu perkongsian di IG Story miliknya.
“Minta semua doa kan ayah saya… ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas.
Ketika ini, Sajat menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. – WILAYAHKU