Berita

PL sediakan 121 lot gerai bazar Ramadan

- Diterbit 11 Mac 2022 8:06 AM MYT

SEBANYAK 121 lot gerai bazar Ramadan di Pulau Bebas Cukai ini disediakan oleh Perbadanan Labuan (PL) yang bakal dibuka permohonan pada 19 Mac ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rithuan Ismail berkata, selaras dengan keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) membenarkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan mengadakan penganjuran itu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, dua tapak bazar yang telah diluluskan adalah Labuan Walk dan sekitar kawasan hotel lama (101 lot) dan Anjung Selera, Durian Tunjung (20 lot).

“Penentuan lot bazar akan ditentukan menerusi cabutan undi yang diadakan pada 19 Mac ini di kawasan Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan,” katanya ketika dihubungi Wilayahku, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rithuan memaklumkan pihaknya hanya menerima permohonan dan membenarkan untuk warganegara Malaysia sahaja.

“Kami hanya membenarkan rakyat Malaysia sahaja bagi mendaftar untuk proses pengundian dan hanya satu lot sahaja dibenarkan untuk seorang pemohon,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas