Berita

NGOG pelawa vendor tempatan sertai penternakan Alga Bertangki

INDERA Mohamed Moiz (kiri) bersama Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Izaddeen Daud ketika Majlis Perasmian ATF-VDP, baru-baru ini. INDERA Mohamed Moiz (kiri) bersama Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Izaddeen Daud ketika Majlis Perasmian ATF-VDP, baru-baru ini.
- Diterbit 7 Mac 2022 3:29 AM MYT

NEXT Generation Oil Group Sdn Bhd (NGOG) mempelawa pengilang tempatan untuk menyertai Program Pembangunan Vendor Ladang Alga Bertangki (ATF-VDP) terbaharunya bagi menyokong penternakan alga mikro seluas 38,000 ekar.

Pengerusi Eksekutif NGOG, Datuk Indera Mohamed Moiz J.M. Ali Moiz berkata ia adalah sebahagian daripada usaha dalam membantu Malaysia mencapai Sifat Bersih Pelepasan Karbon (NZCE) sebelum 2050.

“ATF-VDP ini akan diuruskan bersama Boustead Holdings Bhd di mana kita memerlukan 15 juta tangki untuk menternak alga di dalam tempoh 10 tahun akan datang, yang akan menghasilkan 68 juta tan alga biomas, menyerap lebih kurang 76 juta tan CO2 dan menghasilkan 34 juta tan minyak mentah berasaskan alga dan kepingan alga kering.

“Ia akan menjadi projek ‘Saya Adalah Ladang Alga Bertangki’ dengan pengenalan minyak karbon neutral dan bahan mentah sebagai kenyataan,” katanya ketika majlis pelancaran ATF-VDP yang dirasmikan secara maya oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba.

Tambahnya melalui ATF-VDP, NGOG dan Boustead akan mengenal pasti individu dan syarikat yang boleh menghasilkan tangki khas seperti diperlukan di bawah paten A-MAP Seni Bina Kolam Reka Bentuk Sarang Lebah untuk mendapatkan densiti algo biomas dengan hasil dan skala disasarkan.

“Kami juga sedang mencari vendor di dalam rantaian bekalan yang lain ketika kami beralih ke operasi optimal bagi memenuhi permintaan global yang diunjurkan untuk minyak mentah berasaskan alga.

“Di mana ia boleh diproses menjadi bio-diesel, bio-gasolin serta bahan api penerbangan yang mampan untuk kegunaan di dalam sektor pengangkutan dan tenaga, juga lebihan biomas kepingan alga kering yang boleh digunakan untuk pulpa kertas, makanan ternakan pertanian dan akuakultur, biomas penjanaan tenaga dan baja,” ujarnya sambil menambah anggaran jumlah keseluruhan pembangunan untuk 38,000 ekar ladang alga adalah lebih kurang USD38 bilion.

Dalam pada itu, beliau berkata The United Nations Global Compact Network Malaysia & Brunei turut mengalu-alukan NGOG sebagai ahli penuh pertama dan terbaharu di dalam ruang tenaga boleh diperbaharui.

“Kedua-dua pihak akan menerokai cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai peluang penternakan alga sebagai sinki karbon dan pengeluaran minyak mentah berasaskan alga sebagai stok makanan ternakan yang neutral karbon untuk bio bahan api,” tambahnya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas