KERAJAAN melalui Kementerian Alam sekitar dan Air (KASA) telah menyediakan insinerator bergerak untuk melupuskan sampah-sampah yang terhasil akibat bencana di kawasan yang terjejas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, insinerator itu dinamakan pyrolysis bersifat dan mudah alih akan melupuskan sisa pepejal di kawasan kejadian secara in-situ.
“Di tempat kejadian, kita akan bawa pyrolysis dan tugasnya seperti insinerator tapi tiada asap dan ia lebih bersih untuk alam sekitar.
“Sekarang kaedah yang dibuat di sini, kita kumpul semua sampah-sampah mereka datang secara mobil untuk bersihkan, dan sekarang ini mereka sedang bersihkan kawasan di Kampung Bukit Changgang,” katanya ketika sidang media selepas meninjau keadaan di Hulu Langat di sini hari ini.
Jelasnya, KSN akan memaklumkan secara terperinci mengenai kaedah tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas pasca banjir yang diadakan esok. – WILAYAHKU