
“SEBAGAI pekerja disini, saya berharap agar tempat ini akan dikunjungi ramai bukan sahaja orang Putrajaya malah di negeri lain
juga. Tempat ini sangat strategik dan selesa untuk sesiapa yang ingin merasai ketenangan dan mendapatkan keindahan alam.”

“KEMUDAHAN dan fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan sangat mencukupi dan mereka amat menitikberatkan aspek kebersihan terutama di sekitar kawasan perkhemahan, ruangan makan dan tandas.”

“HIASAN dalaman yang cuba diketengahkan adalah bertepatan dengan tema glamping serta keluasan khemah yang dapat memuatkan dua hingga empat dewasa.”

“BAGI sesiapa yang ingin mendapatkan suasana hutan, saya cadangkan anda datang dan rasai sendiri pengalaman menginap di dalam glamping serta melakukan pelbagai aktiviti seperti ATV ride, night walk, persembahan api serta melihat tumbuh-tumbuhan yang diusahakan oleh MARDI dan pihak PPj.”

“MAKANAN yang disediakan di sini adalah terbaik dan pengunjung tidak perlu bimbang kerana pakej harga yang ditawarkan termasuk
sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.”

“ SETIAP pengunjung yang datang ke sini perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerana pihak penguat kuasa akan melakukan rondaan secara berkala.” – WILAYAHKU