
BAGI saya, kerajaan telah mengambil langkah terbaik dengan memperbaharui lif-lif yang sedia ada memandangkan kebanyakkan lif di kawasan PPR/PA banyak yang masih rosak dan tidak diselenggarakan dengan baik.

DENGAN inisiatif ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan keluhan penduduk, mengelakkan kesulitan kecemasan serta meringankan beban mereka yang berkerusi roda, warga emas dan kurang upaya (OKU) yang terpaksa menggunakan tangga sewaktu lif mengalami gangguan terutama mereka yang duduk di aras yang tinggi.

SAYA amat mengalu-alukan usaha baik kerajaan ini dan berharap agar proses ini pertukaran lif baharu di setiap blok perumahan PPR/ PA dipercepatkan. – WILAYAHKU