YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) tampil menghulurkan bantuan bernilai hampir RM10,000
kepada gelandangan yang menyertai Program Transformasi Gelandangan di Anjung Kelana,
Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaizalnizam Zainun, sumbangan yang disalurkan itu merupakan wang tunai dan barangan asas harian. “Ia merupakan barangan makanan yang terdiri daripada biskut dan kuih raya. Kita beri awal supaya mereka dapat rasa dan jadikannya makanan harian.
“Kita harapkan sumbangan ini serba sedikit dapat mengembirakan hati mereka dalam menyambut Ramadan ini,” katanya kepada Wilayahku selepas Program Prihatin Ramadan Kementerian
Wilayah Persekutuan pada Isnin. Zaizalnizam memberitahu, YWP juga akan memantau dari semasa ke
semasa dalam penyaluran bantuan lain yang bersesuaian dengan pembangunan gelandangan di situ.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa dan amat menyokong program yang dilaksanakan kerajaan demi untuk kemaslahatan warga Wilayah Persekutuan termasuk kumpulan gelandangan.
Ini kerana, katanya, setiap program yang direncanakan itumemberi impak positif dan membantu kumpulan sasar yang memerlukan. Malah, beliau menjelaskan, gelandangan yang dibantu turut
dilatih dengan kemahiran supaya mereka dapat bercampur dengan masyarakat lain ketika berada di
luar nanti.
Tambahnya, gelandangan juga diingatkan supaya memanfaatkan peluang yang diberi untuk memperbaiki diri dan keluar dari kepompong gelandangan itu sendiri.