HUBUNGAN cinta penyanyi dan pelakon Kilafairy, 28, dengan kekasihnya Sa’aid Umar Aiman bukanlah menjadi rahsia lagi.
Ramai yang mendoakan dan tidak sabar melihat pasangan kekasih ini dijabkabulkan sebagai suami isteri Setelah lebih 10 tahun saling mengenali.
Namun, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan lebih selesa menyerahkan soal kahwin kepada pihak lelaki.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.
“Saya pun tak tahu sama ada tarikhnya akan berlansung bila dan lebih suka ikut arus,” katanya yang ditemubual secara langsung di Facebook Ufora HQ pada Sabtu malam.

Rezeki Kilafairy juga semakin murah apabila berpeluang menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan Ufora.
Kilafairy bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipmatte dan blusher.
Menurutnya, apabila diberikan lipmatte keluaran Ufora, dia mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.
“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya.
“Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.
“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipmatte daripada Ufora menerusi kerjasama Ufora X Kilafairy memang rasa seperti tidak pakai lipmatte,” katanya yang menganggap tekstur lipmatte Ufora yang lembut dan lebih bagus berbanding sesetengah produk bertaraf antarabangsa. – WILAYAHKU