KECOH dalam media sosial apabila pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengaku dirinya sudah bercerai.
Menerusi instagramnya, Zarina,33, mengesahkan dirinya sudah bercerai.
“Alhamdulillah yeay aku dah bercerai best day of my life.
“Alhamdulillah terima kasih Yas (panggilan kepada suaminya),” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Zarina yang bernikah dengan Eilyas Azhar pada Julai 2020 ini enggan diganggu apabila menutup ruangan komen di instagramnya.
Semoga segala urusan Zarina Anjoulie dipermudahkan. – WILAYAHKU