Berita

PKN Setiawangsa bantu warga emas dan ibu tunggal

- Diterbit 31 Disember 2020 5:04 AM MYT

PENGGERAK Komuniti Negara (PKN) cawangan P118 Setiawangsa melakukan Ziarah Kasih ke Kelumpuk Cemperling di Kuala Lumpur.

Tujuan lawatan itu untuk memberikan sumbangan kepada penduduk di Kelumpuk Cemperling A dan B.

Ketua Wanita Muda Negara Pusat dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Setiawangsa, Ainie Haziqah hadir menyerahkan sumbangan tersebut kepada penerima.

Sebanyak 12 penerima sumbangan menerima barang keperluan asas yang disampaikan di Surau Al-Muttaqin.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan tersebut di atas sumbangan yang telah diberikan,” kata Zainal Abidin yang merupakan salah satu penerima sumbangan tersebut.

Penerima sumbangan terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal di kawasan itu. – AFIFAH AFIZAL – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas