SEPERTI kata falsafah, “Anda tidak tahu apa yang anda tidak tahu”. Sentimen seperti ini tidak hanya mempengaruhi graduan yang tidak begitu yakin dengan hala tuju mereka dalam hidup, tetapi juga individu yang mencari permulaan baru di pertengahan kerjaya mereka. Kebanyakan syarikat masih memilih untuk mengambil calon yang memiliki pengalaman yang berkaitan dengan industri, namun KSK Land mengambil pendekatan yang berbeza dengan “REBOOT”, sebuah program perekrutan inovatif yang bertujuan untuk mewujudkan peluang baru bagi bakat tempatan yang ingin mengaktifkan semula kerjaya mereka.
Idea di sebalik “REBOOT” adalah untuk menyediakan platform yang mendorong kemunculan semula kerjaya. Calon-calon yang mendaftar untuk “REBOOT” akan menjalani program pembangunan selama 12 bulan dan bergantung kepada prestasi sepanjang program berlangsung, mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan sepenuh masa di KSK Land. Program ‘REBOOT” terbuka kepada semua warga Malaysia yang memiliki pengalaman bekerja tidak kurang daripada 2 tahun.
“REBOOT” adalah lebih daripada sekadar platform untuk pengembangan kerjaya; ianya adalah sebuah penerokaan bagi ahli-ahli baharu kami yang ingin memulakan semula kerjaya mereka, disamping merintis minat mereka bagi mencapai potensi tertinggi,” kata Joanne Kua, Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land. “Kami ingin merekrut individu dari pelbagai latar belakang, kemampuan, dan perspektif yang bukan hanya menjurus kepada industri harta tanah tetapi juga terdorong untuk mencabar status quo. Matlamat kami adalah untuk memupuk perintis serba boleh yang teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dan terlibat dalam pembangunan 8 Conlay, serta projek-projek progresif di masa hadapan dalam masa terdekat. Inilah yang membezakan kami dari persaingan.”
Sebagai pemaju dalam segmen harta tanah gaya hidup, KSK Land memberi penekanan ke atas membina kepelbagaian yang bermakna dalam pengrekruitan dan pemilihan, justeru mereka yakin bahawa kelompok yang mempunyai sudut pandangan yang pelbagai berada dalam kedudukan lebih baik untuk berinovasi seterusnya mendorong pertumbuhan pasaran. Sebilangan besar ahli-ahli KSK berasal dari pelbagai latar belakang profesional, merangkumi penjagaan kesihatan dan pelancongan hingga ke sains komputer dan fesyen. Disamping itu, jurutera atau graduan dari mana-mana disiplin yang mendaftar untuk “REBOOT” akan diberikan pelbagai peluang untuk meneroka kemahiran komersial mereka.
Program “REBOOT” akan membimbing dan menyokong calon yang berjaya melalui latihan berterusan di tempat kerja, bekerja dengan teknologi terkini dan pendedahan secara langsung sewaktu bekerja bersama dengan rakan jenama KSK Land yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang merangkumi salah satu daripada pengusaha hotel mewah bertaraf 5 bintang yang paling terkemuka iaitu Hotel Kempinski.
Perjalanan Anda ke “REBOOT”
Untuk menyertai program “REBOOT”, calon yang berminat akan melalui proses permohonan yang bermula dengan penyaringan panggilan video dari bahagian sumber manusia. Calon yang tersenarai akan dijemput untuk menghadiri ‘Rumah Terbuka’ KSK Land, satu sesi interaktif untuk meneroka budaya kerja serta warga syarikat. Calon juga akan dinilai melalui penilaian penyelesaian masalah, dan seterusnya, sesi temu duga bersama dengan jawatankuasa pengambilan.
Calon yang berjaya akan ditawarkan jawatan dalam program dan akan menjurus kepada dua bidang utama pilihan mereka. Bidang-bidang ini meliputi pengurusan projek, penjualan dan pemasaran, peruncitan, perakaunan dan kewangan, dan pengurusan kontrak. Disokong oleh mentor-mentor yang terpilih dan berpengalaman dari KSK Land, ahli-ahli yang baharu akan menjalani program penyesuaian berbilang hari, program bimbingan dan rakan, sokongan rangkaian dan latihan projek sebenar melalui modul maya dan pelbagai kursus latihan yang berkaitan.
Pemohon yang berminat digalakkan untuk menghantar e-mel resume lengkap mereka ke [email protected]. Maklumat tambahan juga boleh didapati di laman web rasmi KSK Land (www.kskland.my). Tarikh tutup untuk permohonan kumpulan pertama adalah pada 31 Januari 2021 dan permohonan untuk kumpulan kedua akan diumumkan tidak lama kemudian. – BERNAMA