HASRAT Nomad untuk mara ke peringkat seterusnya tidak kesampaian apabila tersingkir di konsert kelima Gegar Vaganza 7 (GV7) yang berlangsung malam tadi.
Nomad yang mempertaruhkan lagu Kasih Latifah, nyanyian asal kumpulan Spider tersingkir apabila diberi komen yang kurang memberansangkan oleh para juri.
Nomad memperoleh markah terendah iaitu 41.40. Dua lagi peserta GV7 yang memperoleh markah terendah ialah Yantzen (60.00) dan Oja (62.60).
Manakala tiga peserta yang memperoleh markah tertinggi ialah Cliff Umar (74.80), Ashira (73.60) dan Ayu Damit (72.80).
10 peserta layak ke minggu keenam akan mempersembahkan lagu secara duet dengan tema Double Special. – WILAYAHKU

Persembahan Minggu Ke-6 (Tema Double Special)
1- Smooth – Cliff Umar & Mimi Fly
2- Dengarkanlah – Ashira & Mark Adam
3- Dua Insan Bercinta – Ayu Damit & Hazama
4- Bolehlah Boleh – Noraniza Idris & Amelina
5- Bercanda Di Pasaran Pantai – Muss & Siti Sarah
6- Gering – Aju Success & Ali XPDC
7- Mengapa Sukar Melafazkan Maaf – Rozita Izlyn & Ezad Lazim
8- Bertakhta Di Hati – Linda Nanuwil & Khai Bahar
9- Sembilu – Oja & Black
10- Di Sebalik Rahsia Cinta – Yantzen & Marsha Milan
Foto: instagram @nomadaish_fanpage