IBU selebriti popular Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu kini sudah bertemu bakal suami.
Menerusi instagramnya, Kartini menyatakan Neelofa kini bertemu dengan insan yang boleh membimbing anaknya itu.
Status ini seolah-olah mengesahkan spekulasi yang Neelofa,31, kini sudah disunting oleh pendakwah dan pelakon Hariz Imail atau lebih dikenali sebagai PU Rizz,25, dari program Pencetus Ummah 2016.

“Bismillahhirohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Syukur ku padamu Ya Rabb. saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dengan ketentuanMu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusannya..
“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti. amin..
“@neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.

Sebelum Kartini memuatnaik status ini, kecoh di media sosial apabila tersebar beberapa foto Neelofa dan PU RIZ serta keluarga kedua-dua belah pihak berkumpul seperti ada majlis penting seperti merisik atau bertunang.

Selain itu, penerbit terkenal Fadzil Teh (Zeel Production) atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel turut memuatnaik gambarnya bersama pasangan bahagia itu.
Haji Zeel turut mendoakan agar Neelofa dan PU Riz agar cepat bernikah.
Difahamkan juga pasangan ini bakal bernikah pada Mac 2021.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Neelofa dan PU Riz. – WILAYAHKU
Instagram: @noorkartini