PELAKON popular Datin Seri Zizie Ezette, 42, menegur sikap seorang individu yang cuba menfitnah dirinya dijangkiti pandemik COVID-19.
Menerusi instagram story miliknya, Zizie Ezette mengganggap tuduhan ini sengaja dibuat-buat ketika dirinya ke Sabah untuk menyokong suaminya yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
“Astagaaaa!! Fitnah, Fitnah. Saya jumpa suami pun teda (tiada). Baru hari ni dapat jumpa tapi di atas stage, saya di bawah ni di Tongod.
“Jangan la main fitnah time pilihan raya ni, nda (tidak) bagus bah.
“Semoga kita semua dihindari dari bahaya pandemik COVID-19 ini. Amin,” tulisnya yang memberi kenyataan balas terhadap hantaran (posting) di instagram story seorang individu.

Individu tersebut mendakwa kononnya Zizie Ezette dijangkiti wabak berbahaya itu.
Namun pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini sedar fitnah tersebut adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai yang sedang berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah.

Kehadiran Zizie Ezette ternyata memberi semangat buat Bung Moktar yang kini menjadi calon DUN Lamag dan seterusnya menjadi motivasi buat semua calon Barisan Nasional yang bertanding.
Bung Moktar bertanding di DUN Lamag yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Bung Moktar (BN), Mohd Ismail (Warisan), Mohd Al Ruzainie (PPRS), Razman Mayah (PCS) dan seorang calon Bebas, Junny @ Karuak Abdullah. – WILAYAHKU