PELAKON popular Mira Filzah,27, kini sah isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam ini.
Pasangan ini dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan Badioezaman Ab. Khalid dan disahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.
Dalam majlis pernikahan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat, Mira menerima mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pengantin lelaki.

Antara hantaran Mira buat Emir adalah jam tangan, tepak sirih, kek fondant, halwa, biskut dan sirih junjung.
Manakala Wang hantaran pula dirahsiakan.
Dalam majlis bertemakan Mihrab Cinta rekaan Rekateemor ini, Mira dan Emir menggayakan pakaian daripada Rizman Ruzaini.
Pasangan bahagia ini akan mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.
Wan Emir Astar,30 ,adalah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Yazid.
Sebelum ini Mira dan Emir telah bertunang pada 17 Julai lalu. – WILAYAHKU