PROJEK pembinaan Masjid Kampung Sungai (Sg) Bedaun yang bernilai RM8.6 juta dijangka siap pada Mac tahun depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary berkata, projek pembinaan Masjid Kampung Sg bedaun tertangguh selama hampir dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Projek masjid ini merupakan salah satu projek pembangunan yang dihentikan dari 18 Mac hingga 20 Mei yang lalu.
“Walaupun begitu, projek ini akan disiapkan tahun depan, dan kami akan memberi keutamaan kepadanya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Masjid Kampung Sg Bedaun mampu menapung kapasiti lebih kurang 1,000 jemaah dalam satu masa.
Terdahulu, Ahmad Marzuk mengadakan lawatan ke tapak pembinaan tersebut pada hari ini bagi meninjau kerja- kerja pembinaan masjid tersebut. – WILAYAHKU
