PELAKON Fendy Bakry ditahan di wad hospital pada tengah malam tadi selepas tubuhnya kesejukan sehingga menggigil.
Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi bin Nor Bakri,31, meluahkan rasa sakitnya melalui instagram story miliknya.
“Sebelum nak demam dia mai (datang) sejuk tu menggigil-gigil. Esok tu terus suhu 40 darjah Celsius.
“Sekarang ni dah kena tahan laa jawabnya. Denggi? Alhamdulillah tidak ada. Covid-19? Alhamdulillah pun tak ada.
“Mohon doa dari semua semoga dipermudahkan. Nak shooting, nak buka kedai lagi. Dia punya sakit kepala, macam nak pecah,” luah pelakon Mr Grey ini.

Sebelum ini Fendy pernah jatuh sakit dua tahun lalu.
Sama-samalah kita doakan Fendy kembali sembuh dan aktif seperti sedia kala. Amin.. – Wilayahku