AYU dan manis. Begitulah penampilan terbaharu pelakon dan penyanyi yang dulunya sinonim dengan imej seksi, Kilafairy yang kini memakai tudung sejak 11 Syawal.
Sebelum berhijrah, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan, 28, perlahan-lahan membuang imej seksinya awal tahun ini.

“Alhamdulillah.. syukur kepada Allah. Penghijrahan saya ini adalah gerak hati daripadaNya dan berkat doa ibu bapa selama ini.
“Apa yang boleh saya katakan, setelah berhijab saya rasa lega. Ia melengkapi hidup saya.
“Ramai sangat mendoakan baik-baik untuk saya. Doakan saya terus istiqamah ya.
“Saya percaya, dalam kehidupan kita perlu berhijrah ke arah yang lebih baik dan tidak boleh berada di takuk lama,” katanya kepada Wilayahku.

Pasal kerjaya, Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil sedang sibuk dengan produk kesihatan dan kecantikan miliknya iaitu Kilafit.
Kilafairy juga akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi. – Wilayahku