SELEPAS beberapa sektor dibenarkan beroperasi semula seperti perkilangan, pembuatan dan pembinaan, pihak majikan dilihat mengambil langkah melakukan saringan Covid-19 ke atas pekerja mereka.
Pekerja di tapak pembinaan MRT dilihat mengambil langkah menyaring kesemua pekerja mereka seperti yang disarankan kerajaan dan bagi mengekang penularan wabak.
Kira-kira 100 pekerja pembinaan MRT dari Sungai Besi ke Serdang melakukan saringan di kawasan tapak pembinaan mereka bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di kawasan kerja mereka.







