PUTRAJAYA – Seramai 1,044 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dihantar pulang ke negara asal secara berperingkat bermula semalam.
Jabatan Imigresen menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, penghantaran tersebut dilakukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jakarta dan Medan, Indonesia.
“Penghantaran pulang dijalankan secara berperingkat pada 9 dan 10 April,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi enggan mengulas lanjut. – WILAYAHKU

