Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]
Foto NAZIRUL ROSELAN
GADIS ini tidak pernah menjangkakan dia akan mengganggotai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana karier tersebut begitu asing dengan dirinya. Manakan tidak, sewaktu di bangku sekolah, dia tidak pernah terdedah dengan aktiviti kebombaan.
Namun bagi Siti Farizun Naim, 31, apabila mendapat tawaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dia akhirnya menyahut seruan menyertai latihan sebagai pegawai bomba.
โMungkin rezeki saya di dalam pasukan bomba maka setahun selepas bekerja di sektor swasta saya telah diterima untuk mengikuti latihan kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun
2013,โโ kongsinya kepada Wilayahku baru-baru ini.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini menceritakan, pengalaman pertamanya direkrut sebagai pelatih pegawai bomba agak tertekan kerana cara layanan dan latihan yang harus dilalui.
โPengalaman โroll callโ tengah malam dan kekurangan rehat amat meletihkan malah semua perkara perlu pantas dan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh salah seorang pelatih, semua perlu
dipertanggungjawabkan dan dikenakan hukuman amat menguji ketahan mental dan fizikal.
โNamun, saya dapat lalui dengan sabar dan sentiasa bersemangat kerana rakan pelatih untuk sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain sehingga tamat latihan.
โSaya menjalani latihan selama tiga bulan di Wakaf Tapai, Terengganu dan kemudian bersambung lima bulan di Kuala Kubu Baharu, Selangor dan baki tiga bulan lagi menjalani latihan amali di Balai Bomba Jalan Hang Tuah dan Balai Bomba Shah Alam,โโ kata anak kelahiran Perak itu.
Cerita Siti Farizun lagi, antara latihan yang pernah dilalui ialah pada satu ketika dia perlu berada dalam sebuah kontena dalam keadaan api yang sangat marak sehingga topi keledar cair dan meredah api bagi memadamkan โkebakaranโ tersebut.
Selain itu katanya, dia juga tidak dapat melupakan pengalaman menjalani latihan menyelamat dalam saluran pembetungan yang sempit dengan jarak penglihatan yang terhad kerana laluan tersebut diletakkan โfoamโ.
โKami terpaksa merangkak hanya dengan menggunakan deria rasa sehinggalah berjaya keluar daripada saluran sempit itu,โโ katanya sambil mengakui saat itu dia berasa hampir menemui ajal.