Berita

97 peratus kawasan Labuan alami gangguan bekalan air

- Diterbit 10 April 2023 4:53 AM MYT

HAMPIR 97 peratus penduduk di seluruh kawasan di Pulau Bebas Cukai ini mengalami gangguan bekalan air ketika ini.

Menurut Jabatan Bekalan Air Labuan dalam satu kenyataan, memberitahu ia susulan berlakunya kebocoran berskala besar yang berlaku di sekitar Taman Perumahan Kian Yap, Rancha–Rancha.

” Kebocoran itu menyebabkan bekalan air yang disalurkan ke Loji Rawatan Air Jalan Kolam tidak mencukupi untuk disalurkan ke seluruh tangki imbangan lain dan menyukarkan untuk mengimbangi tangki – tangki imbangan dan perkhidmatan.

” Justeru kerja-kerja pembaikan sementara akan dilakukan pada 11 April ini bersamaan hari Selasa,” jelas kenyataan itu semalam.

Justeru itu, JBA menasihati pengguna dan penduduk di kawasan terjejas agar menyimpan bekalan dan menjimatkan penggunaan air sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai.

Untuk sebarang perkhidmatan penghantaran air boleh hubungi 1300-22-0028 atau menerusi talian Whatsapp di nombor 013 – 856 0755 bagi mendapatkan bekalan air di tangki statik yang telah disediakan.

Pengguna yang mempunyai lori persendirian juga boleh mengambil sendiri bekalan air di Tangki Rancha-Rancha dan di Loji Rawatan Air Sungai Pagar.

Kawasan Terlibat :

DMA Kiamsam:
~Kg Bebuluh, Kg Belukut, Kg Sg Buton, Kg Sg Bedaun, Sekitar Bukit Timbalai dan kawasan yang berhampiran.

DMA Layangan:
~Kg Layangan, Kg Sg Labu, Kg Kilan Kasim & Pulau Akar, Kg Bukit Kuda & sebahagian Bukit Kalam.

DMA Pohon Batu 1 :
~Kg Durian Tunjung, kawasan Penghulu Tuah, Kg Lajau, Kg Ganggarak, kawasan Merinding.

DMA Pohon Batu 2 :
~Kg Pohon Batu, Pancur Hitam, Kg Batu Manikar, Kg Tanjung Kubong, Kg Lubuk Temiang & Kawasan yang berhampiran.

~Seluruh kawasan bandar Labuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas