Berita

700 bakul Deepavali disumbang di Wilayah Persekutuan

- Diterbit 20 Oktober 2024 3:49 PM MYT

SEBANYAK 700 bakul Bakul Deepavali sumbangan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan diberikan kepada masyarakat kaum India di Wilayah Persekutuan semalam.

Menurut Naib Ketua Cabang Keadilan Bandar Tun Razak, Jonathan Vela sumbangan tersebut diharap dapat membantu masyarakat kaum India dalam menyambut perayaan Deepavali.

Program Deepavali Vanakam Madani yang dianjurkan di Laman Tun Razak melibatkan seramai 150 orang daripada ketua cabang Keadilan Wilayah Persekutuan.

“Sumbangan ini diberi oleh Datuk Seri Ramanan. Secara keseluruhannya agihan bakul Deepavali itu di seluruh negara sebanyak 10,300.

“Ini adalah hasil inisiatif sendiri Ramanan sebagai wakil rakyat India di Malaysia yang telah memberikan sumbangan atas kapasiti dia,” katanya.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Anbumani Balan.

Menurut Jonathan barangan dalam bakul Deepavali terdiri daripada tepung, minyak masak dan barangan makanan lain dianggarkan bernilai RM150 hingga RM180.

Beliau berkata bantuan seperti ini diharap dapat diperluaskan lagi di setiap Parlimen bagi membantu masyarakat India.

“Diharap program seperti ini diteruskan setiap tahun agar sambutan Deepavali disambut lebih meriah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas