POLIS sudah menerima sebanyak 182 laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung bukunya Becoming Hannah: A Personal Journey, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Commisioner Police (CP) Datuk Rusdi Mohd Isa.
Katanya, selain itu seramai 59 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan isu yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.
“Keterangan daripada YB Hannah Yeoh masih belum diambil,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, laporan itu dikemukakan selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku itu serta mendakwa ia berpotensi mengancam keselamatan negara.
Laporan polis telah dibuat di seluruh negara termasuk Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.-WILAYAHKU