Berita

53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

- Diterbit 14 Januari 2025 12:17 PM MYT

SEKURANG-KURANGNYA 53 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa cedera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Isnin, sumber perubatan memberitahu Anadolu.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan bahawa serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.

Mayat rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh pesawat tempur Israel dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) telah dihantar ke hospital.

Tentera Israel meneruskan perang genosid ke atas Gaza yang telah membunuh lebih 46,500 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata segera.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang di wilayah itu. – BERNAMA-AA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas