Berita

500 rumah setinggan diroboh

KERJA-KERJA perobohan rumah di penempatan haram tanah MUIS baru-baru ini.
- Diterbit 1 Disember 2023 1:05 AM MYT

SELEPAS lebih 30 tahun diduduki secara haram, ­lebih 500 buah rumah setinggan di Kampung Gersik, Labuan ­dirobohkan ­baru-baru ini.

Ia susulan notis selama enam ­bulan dikemukakan kepada penduduk bagi ­mengosongkan tanah milik Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS, Putera Aliff Al’Ain Jasni, ­penempatan di kawasan ­seluas 4.946 hektar dan 9.025 ­hektar itu didirikan oleh ­beribu ­penduduk secara haram.

“Operasi dibahagikan ­kepada tiga zon, ­permulaannya kita tumpukan kepada zon dua dan zon tiga terlebih ­dahulu dan kami sasarkan ­untuk merobohkan 45 buah rumah.

“Penduduk di ­kawasan tersebut ­sudah diberi ­tempoh enam bulan ­sejak ­notis ­dikeluarkan 22 Mei ­lalu ­bagi memberi ruang dan ­masa untuk melaksanakan pemindahan dan ­pemulangan ­tanah ­milik MUIS ­tersebut,” katanya yang ditemui semasa operasi ­tersebut dijalankan.

Beliau berkata operasi ­perobohan itu membabitkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang ­memotong ­bekalan elektrik di perumahan setinggan dan dipantau oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Perbadanan Labuan.

“Operasi ini ­membabitkan tiga zon ­iaitu zon tiga akan menjadi tumpuan ­awal, ­kita perlu ­membersihkan struktur ­haram di zon ­tiga supaya dapat membawa masuk jengkaut untuk ­operasi ini dan ­kemudian diikuti zon dua dan satu,” jelasnya.

Tinjauan mendapati papan iklan telah ­dipasang di tapak tersebut yang ­menunjukkan kawasan berkenaan akan ­dibangunkan untuk projek ­perumahan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas