SEBANYAK 50 buah keluarga Tionghua di sini yang terdiri daripada golongan B40 menerima bantuan bakul makanan asas daripada Yayasan Petronas.
Menurut Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahad, bantuan yang disalurkan itu merupakan salah satu Program Tanggungjawab Sosial (CSR) dalam membantu masyarakat di pulau ini khususnya pada perayaan khususnya pada Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.
Katanya, program CSR dibawah Yayasan Petronas itu merupakan program tahunan pihaknya dalam memacu kehidupan.
Fokus dalam program itu adalah bagi menyantuni golongan sasar pada setiap perayaan utama di negara ini seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Hari Gawai serta Kaamatan.
Pada majlis itu, sesi penyampaian bantuan itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman di perkarangan Tokong Sin Ong Kong Kampung Sungai Keling, pada Rabu.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Sukuran Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemical Methanol Sdn Bhd Hiffani Mohd Jalil serta Ketua Kampung Sungai Keling Goh Siew Liang. – WILAYAHKU