Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

435 orang terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan sejak 8 Okt lepas

Kredit: REUTERS / Amir Cohen
- Diterbit 27 Jun 2024 11:36 AM MYT

SEKURANG-KURANGNYA 435 orang terbunuh dan 1,801 lagi cedera dalam serangan Israel di Lubnan sejak 8 Okt lepas, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan 44 peratus daripada kecederaan disebabkan oleh trauma, 35 peratus akibat letupan manakala 16 peratus berkaitan dengan bahan kimia.

Kementerian itu berkata 95 peratus daripada mangsa yang cedera adalah warga Lubnan, tanpa menyatakan kewarganegaraan mangsa yang lain.

Lubnan menuduh Israel menggunakan bom fosforus putih dalam serangan di bahagian selatan negara itu.

Kementerian itu berkata serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 92,228 orang kehilangan tempat tinggal sejak 8 Okt lepas.

Ketegangan meningkat di sepanjang sempadan Lubnan dengan Israel ketika Tel Aviv meneruskan serangannya ke atas Semenanjung  Gaza, yang telah membunuh lebih 37,700 orang sejak Oktober lepas. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas