KUALA LUMPUR – Sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini runtuh kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Kejadian itu mengakibatkan empat pekerja terperangkap namun seorang daripadanya berjaya dikeluarkan semasa operasi menyelamat dilakukan.
Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan sebentar tadi.
“Kejadian berlaku berhampiran Desa One Residence kira-kira pukul 5 petang tadi. Kita terima maklumat daripada orang awam,” katanya. – WILAYAHKU
