HARI ini, 24 November 2023 genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi Kerajaan Persekutuan sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas episod gelora politik pasca Pilihanraya Ke-15 yang menyaksikan tiada gabungan politik yang mampu menubuhkan kerajaan.
Usai menggalas tugas dan amanah tersebut, Anwar berikrar untuk terus berjuang dan berusaha demi rakyat dan negara demi mendepani cabaran ekonomi sekali gus memperbaiki semula negara dan memandunya ke landasan yang tepat.
Meniti setahun pentadbirannya, prinsip tatakelola dan banteras rasuah yang dijunjung berdekad lamanya terus menjadi azimat dan reformasi sosial yang dilaungkannya selama ini akan ditegakkan demi keadilan saksama. – WILAYAHKU



