SERAMAI 32 anak-anak asnaf Darul Kifayah diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Tiara Labuan Hotel, baru- baru ini.
Selain daripada jamuan berbuka puasa anak asnaf tersebut turut menerima sumbangan duit raya dan biskut raya yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Tiara Hotel Labuan, Chai Tze Kee.
Menurut Tze Kee majlis berbuka puasa yang dianjurkan setiap tahun ketika menjelangnya Ramadan itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim dan asnaf.
“Ia juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial (CSR) syarikat kami kepada masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya kepada golongan asnaf,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Howard Martin Kim Sung @Cornelius dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Labuan, Khairul Amin Abdul Rashid. – WILAYAHKU