KIRA-kira 3,000 bekas bubur lambuk diedarkan di ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya sempena Program Agihan Bubur Lambuk JIM.
Majlis anjuran Unifi TV bersama Salam HD itu mula diperkenalkan sejak sembilan tahun lalu.
Menurut penerbit Datuk A Aida, objektif program yang diadakan sejak 2016 itu adalah untuk memperkenalkan lagi saluran Salam HD selain ingin berkongsi rezeki.
“Setiap kali Ramadan, Salam HD akan mengadakan program pengagihan bubur lambuk. Tahun lalu acara sama diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
“Sepatunya tahun ini, selain JIM kita juga ingin mengadakan di satu lagi lokasi tetapi disebabkan lambat mendapatkan kelulusan jadi untuk tahun ini kita adakan di JIM Putrajaya saja,” katanya yang ditemui pada program berkenaan, hari ini.
Acara gotong royong bagi penyediaan bubur lambuk itu katanya sudah diadakan sejak Ahad bermula jam 6 pagi lagi.
Selain diagihkan kepada kakitangan ibu pejabat JIM Putrajaya, bubur lambuk berkenaan turut diedarkan kepada pejabat imigresen sekitar Lembah Klang.
Majlis perasmian program itu disempurnakan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail .
Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban serta barisan artis popular seperti Datuk Hattan, Bella Astillah, Uqasha Sensrose, Shahz Jaszle, Nadia Brian, Liza Abdullah, Aleza Shadan, Zul Huzaimy dan Watie Sadali.
Selain pengedaran bubur lambuk, turut diadakan rakaman penggambaran takzirah Jelajah Masjid.
Takzirah disampaikan Ustaz Luqman Hakim dan Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.-WILAYAHKU