PRASARANA akan menambah 300 van baharu bagi perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) atau RapidKL On- Demand yang telah mendapat sambutan amat menggalakkan
Sehingga minggu kedia Januari, jumlah purata penumpang yang direkodkan adalah seramai 2,200 penumpang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata
Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Prasarana sedang giat melaksanakan DRT sebagai usaha untuk mempertingkatkan ketersambungan first and last mile.
“Perkhidmatan DRT di Lembah Klang sehingga kini telah merekodkan pencapaian yang memberangsangkan dari segi jumlah laluan.
“DRT kini beroperasi di 10 zon, manakala penambahan empar zon yang dirancang akan mula beroperasi pada Februari 2025.
“Pembekalan dijangka selesai pada September depan,” kata Loke.
Tambah Loke, antara cabaran utama dihadapi Prasarana dalam melaksanakan perkhidmatan DRT termasuk aplikasi tempahan yang pelbagai daripada pihak pengendali.
Selain itu, pembangunan infrastruktur digital yang menyokong aplikasi tempahan, meningkatkan kesedaran dan penerimaan awam serta kos operasi yang berdaya tahan dengan kadar tambang yang rendah.
Prasarana bagaimanapun tetap komited untuk memperkasakan pengangkutan awam yang lebih responsif, mesra pengguna, dan menyokong aspirasi negara dalam mencapai sasaran karbon rendah.-WILAYAHKU