Berita

3 kenderaan saji, 4 penjaja, 2 premis perniagaan dikenakan tindakan pindah halangan

- Diterbit 14 Ogos 2024 11:28 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan pindah halangan terhadap tiga kenderaan saji, empat penjaja serta dua premis perniagaan daam satu operasi tindakan khas pindah halangan semalam.

DBKL berkata melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Wangsa Maju menjalankan operasi tersebut ke atas kendera saji (foodtruck), premis perniagaan serta penjaja yang tiada lesen perniagaan serta menghalang tempat awam.

“Dalam operasi ini, sebanyak tiga kenderaan saji telah diambil tindakan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan 1987, empat penjaja diambil di bawah UUK Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016 manakala dua premis perniagaan lagi diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

DBKL menegaskan akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas