Berita

3 kemalangan, 112 saman direkodkan sepanjang Ops Selamat Aidilfitri

- Diterbit 8 April 2025 11:45 AM MYT

SEBANYAK tiga kes kemalangan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Labuan dalam tempoh enam hari sehingga 3 April menerusi Op Selamat 24 di Labuan.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim, kes kemalangan yang direkodkan mencatatkan penurunan berbanding tahun 2024 dengan lapan kes bagi tempoh sama.

“Sepanjang pelaksanaan Ops iti dikuatkuasakan hanya membabitkan kemalangan kerosakan sahaja dan tiada kemalangan maut direkodkan.

“Kes kemalangan yang direkodkan membabitkan lima buah motokar dan sebuah kenderaan pacuan empat roda,”katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim

Dalam pada itu, Hamizi turut memaklumkan sebanyak 112 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan.

“Jumlah itu meningkat berbanding tahun lalu iaitu hanya 65 saman dikeluarkan bagi tempoh sama,”katanya. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas